KENALI SAYA

Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto (Photographer) sejak tahun 1979. Memulakan kerjaya di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1979 hingga 2018.

Saya mencambahkan minat dalam bidang fotografi sejak 1977 apabila mengambil kursus fotografi di Institut Kemahairan Belia Negara PERETAK , Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Minat saya dalam bidang penulisan berita dan rencana membuatkan saya mengambil jurusan ini dengan seorang wartawan Utusan Melayu yang telah menubuhkan sebuah sekolah kewartawanan pada tahun 1976.

Oleh kerana kerjaya saya sepenuh masa sebagai Jurufoto maka minat penulisan saya teruskan juga dengan menulis untuk Radio dan Television Malaysia, khususnya di radio. Kemudian berjinak-jinak dengan menulis di Utusan Malaysia dan Watan dalam bentuk penulisan kreatif.

Kemunculan blog telah membolehkan saya menulis dengan bebas walaupun tiada keuntungan dari segi kewangan tetapi kepuasan.

Kini setelah bersara, saya meneruskan menulis di blog, laman web Alam Senifoto (www.alamsenifoto.com) dan menyumbang gambar di Flickr (www.flickr.com/raai58.

Fotografi dan penulisan tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan saya.

  • Kini adalah Blogger di raaiosman.blogspot.com (mulai 1999dan  Karyawan Foto Bebas
  • Merupakan seorang pesara dari Universiti Kebangsaan Malaysia: Mulai 17 April 2018

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Mengendalikan Seminar, Kursus & Bengkel Fotografi

Pengalaman membuat liputan majlis